Sunday, June 28, 2009

Kenapa Bina SKY?

Kenapa kami bina Sistem Kutipan Yuran (SKY) ni?

Panjang ceritanya....

Kami juga seperti ibubapa yang lain. Mempunyai anak yang bersekolah di KAFA. Setiap bulan kami akan ke pejabat KAFA untuk menjelaskan yuran. Ketika melihat proses penerimaan yuran yang agak lambat dan leceh, terus kami terpikir tentang idea utk membina satu sistem yang boleh memudahkan proses kutipan yuran.

Bermula dari situ, kami mengorak langkah dengan mengajukan idea kami kepada pengerusi KAFA tersebut. Idea kami diterima dengan baik dan sememangnya memang itu yang dinanti-nantikan oleh mereka.

Semenjak itu, kami mula mengumpul maklumat berdasarkan pengalaman sendiri sebagai ibubapa dan juga pengalaman kerani yang menguruskan kutipan yuran.

Sedikit demi sedikit kami mula membina sistem ini, namun masa masih lagi membataskan kami utk menyiapkan dengan lebih cepat.

Suatu ketika, kami mendapat panggilan dari pengerusi KAFA yang menawarkan peluang pekerjaan kepada kami utk berkhidmat sebagai kerani di situ. Ini kerana kerani sedia ada akan menamatkan perkhidmatannya.

Kami mengambil peluang tersebut dengan harapan dapat membantu KAFA tersebut dan dalam masa yang sama, kami mempunyai lebih masa dan komitmen dalam menyiapkan sistem ini.

Ternyata pilihan kami itu tidak sia-sia, kami berjaya menyiapkan sistem ini hanya dalam masa 6 bulan sahaja. Dan selepas itu, kami memulakan langkah utk memasukkan data ibubapa dan pelajar serta maklumat bayaran yuran bagi tahun tersebut.

Dalam masa proses memasukkan data, banyak perubahan-perubahan dalam sistem yang telah kami lakukan. Ini berdasarkan keperluan dan kemudahan pengguna, supaya sistem tersebut benar-benar beroperasi dan memudahkan urusan kutipan yuran.

Alhamdulillah, setelah siap memasukkan semua data, barulah kelihatan betapa banyaknya yuran-yuran tertunggak yang masih belum dituntut yang sebelum ini kurang disedari oleh pihak KAFA.

Kami bersyukur kerana misi kami telah berjaya dan telah terbukti bahawa sistem kutipan yuran kami ini memang telah membantu KAFA tersebut dalam menguruskan kutipan yuran mereka.

-bersambung... Ujian pertama 'live' Sistem Kutipan Yuran...

No comments:

Post a Comment