Tuesday, May 14, 2013

Ujian pertama 'live' SKY

sambung semula cerita....

Selepas kami berjaya menyiapkan SKY dalam tempoh 6 bulan dan mengisi semua data....maka tibalah masa untuk ujian pertama penggunaan SKY sepenuhnya di Kafa tersebut.

Masa yang dipilih adalah pada bulan Disember 2007 iaitu ketika ibubapa mula membuat bayaran yuran untuk sesi 2008.

Berdebarnya rasa ketika itu, sebab tak pasti apa yang akan terjadi. Adakah SKY benar-benar dapat membantu...

Akhirnya ibubapa pertama datang untuk membayar yuran. Dengan sedikit gementar, kami mula merekod bayaran ibubapa tersebut. Terdapat sediki masalah pada mulanya, namun akhirnya segalanya berjalan lancar......tersangat lah leganya...

Hari-hari berikutnya semakin ramai ibubapa datang membuat bayaran. Alhamdulillah, dengan SKY ketika itu yang masih 'mentah'...proses kutipan yuran berjalan lancar dan lebih cepat dari kutipan secara manual menggunakan buku resit.

Dipenghujung hari juga, kami tidak perlu lagi menulis senarai nama pembayar pada hari tersebut. Dan kami tidak perlu lagi menjumlahkan kutipan wang, semuanya telah dijana secara automatik oleh SKY.

Semenjak itu, masalah tersalah, terlupa, tersilap dan sebagainya dalam merekod bayaran yuran tiada lagi. Aduan dari ibubapa juga telah berkurangan dan Kafa tersebut lebih 'aware' dengan pelajar yang tidak membayar yuran dan memudahkan mereka mengeluarkan surat peringatan...

Di belakang tabir SKY kini kembali.....

tersangaaaaaat lah lamanya kami tak update blog ni....

kami baru balik dari program Advanced Marketing Power bersama Dr. Azizan Osman... Di antara tugasan yang kami harus buat adalah blog....

Maka, dengan ini...kami akan cuba mengemaskini blog kami semula... :)